Cara Mencegah & Merawat Kaki Kejang

Bagi anda yang kerap mengalami kaki kejang, berikut adalah cara mencegah dan merawat kaki kejang serta beberapa tips berguna yang boleh dipraktikkan.



Golongan Berisiko


Golongan yang berisiko menghadapi masalah kaki kejang ialah,



1. Ibu yang mengandung, di mana rahim mula membesar. Berat badan yang meningkat memberikan tekanan kepada salur darah pada kaki menyebabkan pergaliran darah tidak sempurna. Mungkin juga badannya kekurangan mineral disebabkan bayi mengambil mineral yang diperlukannya.

2. Sesetengah kes wanita yang tidak mengandung, tetapi uterus (rahim) memberikan tekanan ke atas saluran darah besar pada kaki.

3. Golongan atlit yang melakukan senaman atau pergerakan berlebihan.

4. Obesiti juga memberikan masalah tekanan urat saraf serta daya tahan otot pada kaki.

5. Mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti Cikgu juga mengalami kaki kejang.





Kenapa Otot Tidak Berfungsi Dengan Sempurna


Puncanya otot tidak berfungsi dengan baik berkemungkinan;



1. Otot mudah letih sama ada sudah lemah atau tidak biasa melakukan aktiviti diluar kebiasaannya.

2. Gangguan saluran darah disebabkan terhimpit atau sebagainya.

3. Kekurangan air dalam badan.

4. Kekurangan glukos dan mineral dalam badan seperti kalsium, magnesium, sodium dan potassium.

5. Pengumpulan lactic acid terlalu banyak dalam otot. Ini berlaku apabila pembakaran glukos tanpa oksigen menyebabkan tenaga dihasilkan bersama lactic acid.






Cara Mengelak Kaki Kejang


1. Minum air yang mencukupi. Tetapi tidak berlebihan, yang boleh mengurangkan garam dalam badan.



2. Mengambil minuman kesihatan yang mengandungi mineral. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), penggunaan segera minuman karbohidrat-elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.

3. Makan makanan kesihatan yang mengandungi mineral. Pisang (mengandungi potassium), bijirin, beras perang dan badam pula tinggi magnesium dan juga hasil tenusu memberikan sumber kalsium.

4. Mengambil vitamin B,D dan E. Terdapat kajian perubatan menyatakan vitamin B kompleks mengurangkan kekejangan otot dalam 86% daripada pesakit yang dikaji.

5. Elakkan wanita hamil berdiri atau duduk sambil menyilang kaki dengan terlalu lama. Biasanya gerakkan sendi pergelangan sendi, pergelangan kaki dan jari. Digalakkan juga berbaring ke sisi kanan untuk mengurangkan tekanan rahim pada urat saraf.

6. Tidak melakukan pergerakan tekanan rahim pada urat saraf.

7. Memulakan “warming up” sebelum bersukan.

8. Bersenam secara konsisten atau dijadikan kebiasaan, supaya dapat memberi daya tahan pada kekejangan.

9. Mempelbagaikan bentuk senaman.

10. Melakukan pergerakan yang tidak melampau atau lasak.

11. Menyapu minyak (ProKas) / balm panas sebelum melakukan aktiviti riadah.




Apa Perlu Dilakukan Jika Kaki Kejang


1. Menyapu minyak (ProKas) / balm / pad panas pada bahagian otot betis untuk mengurangkan rasa sakit.



2. Remedi dari India menggunakan dua sudu makan serbuk kunyit dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa hingga membentuk struktur tebal. Kemudian sapukan pada bahagian sakit.

3. Lakukan regangan otot seperti :-

# Berdiri menghadap dinding pada jarak 75cm. Pastikan kaki rata pada lantai, gerakkan tubuh ke depan sambil tangan menahan dinding. Bengkokkan kaki perlahan-perlahan. Regangkan kaki setakat mana yang selesa. Tahan posisi regangan itu selama 30 saat dan biarkan kaki seperti biasa. Ulang dua kali atau hingga rasa sakit mula surut. Jadikan ia amalan harian yang dapat mencegah kekejangan.

# Menarik tapak kaki ke arah badan. Jika sukar untuk dilakukan,minta bantuan orang sekeliling untuk berbuat demikian.

# Cuba berjalan menggunakan hujung tapak kaki seperti menjengkit.

# Urut pada otot betis iaitu dari belakang (lipatan) kepala lutut hingga ke tengah otot betis. Elakkan urut di tendon tumit bagi mengelakkan berlakunya kecederaan lain.

Jika tidak pulih juga dari kesakitan kejang atau membengkak, jumpalah dengan doktor atau pakar fisioterapi untuk rawatan susulan.